Sehingga ke hari ini tiada satu pun permohonan maaf yang dikeluarkan oleh pihak Tun Mahathir berhubung hinaannya terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tindakkan Tun Mahathir yang menghina keturunan Bugis amatlah tidak wajar. Sekaligus ia menunjukkan Tun Mahathir bukan sahaja tidak menghormati Sultan Johor malah semua etnik Bugis.
Tambahan lagi, apabila Tun Mahathir bertindak untuk terus berdiam diri, ia seolah-olah memberi persepsi bahawa Tun Mahathir sebenarnya seorang yang angkuh dan ego untuk mengakui kesilapannya sendiri.
Terbaru, ada desas-desus yang mengatakan bahawa Tun Mahathir akan turun ke Johor tidak lama lagi. Jadi saya ingin menyeru semua bangsa Johor bersama-sama menyambut kehadiran Tun Mahathir dengan mendesaknya supaya membuat permohonan maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di atas kesalahannya sebelum ini.
Bangsa Johor Tuntut Kemaafan Dari Tun Mahathir
Perkara ini dibangkitkan atas sebab saya tidak mahu martabat institusi kesultanan Johor mudah dipijak dan diperlekehkan begitu sahaja oleh sesetengah pihak. Terutamanya hamba-hamba politik seperti Tun Mahathir dan kroni-kroninya.
Jika desas-desus ini benar, saya harap Tun Mahathir perlu berani berhadapan dengan Sultan Johor demi keharmonian bersama. Lagi pula berani buat, berani tanggung.
Dan saya berharap juga kali ini Tun Mahathir turun ke Johor bukannya untuk menambahkan lagi api kemarahan bangsa Johor terhadap dirinya. Namun, kelak jika kehadirannya di Johor hanya semata-mata untuk merosakkan kemuafakatan bangsa Johor ada baiknya lupakan sahaja niat itu.
Bersusah payah sebelum ini Sultan Johor turun ke seluruh Johor untuk menyatupadukan bangsa Johor. Tetapi dengan mudahnya Tun Mahathir mahu hancurkan usaha-usaha tersebut dalam tempoh satu hari sahaja?
Tindakkan ini harus dihalang dan ditentang oleh bangsa Johor. Kerana kita tidak mahu negeri Johor ini berpecah belah disebabkan dakyah-dakyah politik yang dibawa oleh Tun Mahathir.
Kesimpulannya, harap selepas ini Tun Mahathir lebih berhati-hati semasa berucap atau memberi sesuatu pandangan. Kerana terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.